Monday 22 September 2014

Kebocoran soalan UPSR

Disebabkan kebocoran yang berlaku, ketas-kertas UPSR berikut terpaksa diambil semula...


Kertas Bahasa Inggeris & Sains - 30 September 2014

Kertas Matematik - 9 Oktober 2014



*Hendaklah kita sentiasa amanah dalam menjalankan tugas, tidak kiralah ape jua kerja kita. Terima Kasih

Tuesday 15 July 2014

PEMBERITAHUAN CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI

Pihak sekolah akan bermula cuti pada tarikh berikut:


25 JULAI 2014(Jumaat) ==> 1 OGOS 2014(Jumaat)

 
Murid akan mula hadir ke sekolah semula pada hari isnin ( 4 OGOS 2014 )(Isnin)

Tuesday 8 July 2014

TARIKH-TARIKH CUTI SEKOLAH

Dibawah adalah tarikh cuti sekolah, harap murid-murid SRI Al-Munawwarah maklum...terima kasih


15.7.2014 ( NUZUL AL-QURAN )




28.7.2014 - 1.8.2014  ( CUTI HARI RAYA EIDUL FITRI ) - 1 MINGGU




1.9.2014 ( CUTI HARI KEBANGSAAN ) ( ISNIN )


TARIKH PENTING..

Tarikh penting untuk murid Tahun 5 dan 6


Peperiksaan UPSRI = 13-22 Oktober 2014

Peperiksaan UPSR = 9,10,11 September 2014

Harap maklum kepada murid-murid yang berkenaan...terima kasih

Monday 7 July 2014

PROFIL SEKOLAH



PROFIL SEKOLAH

1.       LOGO SEKOLAH:
      



2.       NAMA SEKOLAH:
Sekolah Rendah Islam Al-Munawwarah

3.       ALAMAT:
Jalan Dodol, Kampung Pulau, 76100 Durian Tunggal, Melaka.

4.       MUDIR:
Tuan Haji Safri bin Shafei

5.       NO TEL MUDIR:
013 691 4200

6.       NO TEL SEKOLAH:
06- 553 4601

7.       LAMAN SOSIAL:
https://www.facebook.com/sri.almunawwarah.3

8.       EMAIL:
al.munawwarah999@gmail.com

9.       TEMPOH OPERASI:
16 TAHUN (Januari 1999 – sekarang)

10.   WAKTU SEKOLAH:
7.45pagi – 1.15ptg

11.   LOKASI GPS:
2°18’31.7”N
102°16’10.6”E


12.   MAJIKAN:
Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Al-Munawwarah Negeri Melaka
(PKPAMNM)

Pengerusi            :         Hj. Minghat bin Mamut
Timb. Pengerusi         :     Hj. Mohammad bin Daut
Setiusaha            :         Hj. Safri bin Shafei
Pen. S.usaha      :         Zaidi bin Md Tan
Bendahari           :         Kamaruddin bin Abd Rashid

Ahli-ahli Jawatankuasa:
1)      Nizam bin Md Kasim
2)      Hj. Abdullah bin Latip
3)      Baharom bin Md Eson
4)      Abd Rahim bin Abdullah
5)      Adib bin Mohd Any
6)      Hamzah bin Abu
7)      Dr. Akmal Hadi bin Hj. Minghat
8)      Mirani binti Achah
9)      Hjh Eshah binti Khalil
10)   Hj. Zainuddin bin Ahmad

Pemeriksa Kira-kira 1              :               Ali Nordin bin Suboh
Pemeriksa Kira-kira 2              :               Faizul Azlan bin Jaasih

13.   TENAGA PENGAJAR KAKITANGAN SEKOLAH
BIL
NAMA
JAWATAN
1
SAFRI BIN. SHAFEI
MUDIR
2
MIRANI BT ACHAH
GPK/GAK
3
NURUL AKHMAM BT HAKAMAZAMAN
GPK HEM / GAK
4
AZIZI BIN M. KALAM
GPK KOKU / GAK
5
ROBIATON BT MAKMOR
GAG/DISPLIN
6
AIMI MUNIRAH BT ABU TALIB
GAK
7
NUR AQILAH BT JOHARI
GAG
8
NUR THURAIYA BINTI HARITH
GAG
9
MOHAMMED ZUHAIR BIN MD RAZALI
P. TADBIR
10
AZMI BIN SALLEH
PEKERJA

GPK       : Guru Penolong Kanan
                GAG      : Guru AGama
                GAK       : Guru AKademik
                HEM      : Hal Ehwal Murid




14.   PENDAPATAN SEKOLAH
1) Pungutan Tabung Derma
2) Pungutan Yuran Murid
3) Sumbangan Pertubuhan
4) Infak

15.   VISI:
Mewujudkan sebuah sekolah rendah islam yang dinamik dan berkesan kearah melahirkan kader-kader islam yang bertaqwa, berakhlak mulia dan berkeperibadian unggul.

16.   MISI:
Melahirkan Generasi Pelajar Yang Berilmu, Beramal dan Berjihad

Mewujudkan suasana pendidikan Islam yang berkesan sebagai kesinambungan kepada wadah pendidikan pra sekolah islam yang sedia ada.

Mewujudkan bai’ah solehah di dalam masyarakat.

17.   TAHAP PENDIDIKAN
SRI Al-Munawwarah menawarkan 2 tahap pendidikan

Tahap Pertama

    Tahun satu hingga tahun tiga.
    Bagi pelajar berumur tujuh hingga sembilan tahun.

Tahap Kedua

    Tahun empat hingga tahun enam.
    Bagi Pelajar berumur 10 hingga 12 tahun.

# Pelajar tahun 5 akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSRi) manakala pelajar tahun 6 akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR).

# Pelajar yang cemerlang dalam UPSRi dan USPR akan berpeluang untuk melanjutkan pelajarannya ke mana-mana Sekolah Agama Berasrama Penuh dibawah Kementerian Pelajaran termasuk ma'ahad tahfiz.

18.   SUBJEK YANG DIAJAR DI SRI AL-MUNAWWARAH
AGAMA
AKADEMIK
1. AL-QURAN
1. BAHASA MELAYU
2. AQIDAH
2. BAHASA INGGERIS
3. FEQAH
3. MATEMATIK
4. AKHLAK
4. SAINS
5. SIRAH
5. PENDIDIKAN JASMANI
6. HADIS

7. BAHASA ARAB

8.TULISAN JAWI
 

9.   BILANGAN MURID (2014)

JANTINA
JUMLAH

LELAKI
PEREMPUAN
TAHUN 1
8
5
13
TAHUN 2
5
5
10
TAHUN 3
6
2
8
*TAHUN 4
1
1
TAHUN 5
5
2
7
TAHUN 6
2
2
4




JUMLAH
23
17
43
*Murid ditumpangkan tahun 5

20.   SEJARAH SEKOLAH
Tanggal 2 Ogos 1998, tercatat satu sejarah penting yang amat bermakna buat masyarakat Durian Tunggal apabila secara rasminya Sekolah Rendah Islam Al-Munawwarah telah dibina hasil kutipan derma dan sumbangan masyarakat yang perihatin. Majlis perasmian upacara pecah tanah telah disempurnakan oleh Ustaz Jalaludin bin Wahid, seorang ulama terkenal di Negeri Melaka tepat jam 3.20 petang pada tarikh yang sama.

Sekolah Rendah Islam Al-Munawwarah telah dibina hasil kesedaran orang ramai tentang peri pentingnya satu sistem pendidikan Islam yang berterusan bagi meneruskan kesinambungan pendidikan Pra Sekolah seperti Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Taman Asuhan kanak-kanak Islam (TASKI).

Dalam fasa Pertama, sebuah blok telah dibangunkan yang terdiri daripada 4 buah bilik darjah, sebuah pejabat dan sebuah bilik guru dengan anggaran kos RM 23 ribu.

SRI Al Munawwarah telah diasaskan penubuhannya oleh beberapa anggota masyarakat yang perihatin tentang peri pentingnya mewujudkan satu sistem pendidikan alternatif yang berorientasikan konsep kefahaman islam yang sebenar. Kefahaman yang mantap terhadap asas-asas islam adalah amat penting sebagai benteng yang dapat melindungi anak-anak pelajar dari terpengaruh dengan budaya sekularisme dan hedonisme yang boleh menggugat keislaman dan keimanan seseorang dalam mengharungi dunia global yang penuh dengan mehnah dan tribulasi.

SRI Al Munawwarah yang telah mula beroperasi sejak Januari tahun 1999 telah melakukan pengambilan pertamanya seramai 18 orang murid dengan kekuatan 4 orang tenaga pengajar yang terlatih.

Dalam Fasa Kedua, sebuah blok lagi telah didirikan yang terdiri daripada 3 bilik darjah ( yang kini dijadikan sebuah kelas, sebuah perpustakaan dan sebuah bilik mesyuarat). Sebuah bilik telah diubahsuai menjadi rumah guru. Tidak lama kemudian, sebuah dewan juga telah berjaya dibina dengan kos RM 30 ribu. Jumlah kos pembinaan keseluruhan mencecah RM 100 ribu.